Kawasan Undi Nee Soon
| Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
| Wilayah | Utara Singapura |
| Pengundi | 26,897 (untuk Pilihan raya 1984) |
| Kawasan undi tidak beroperasi | |
| Dibentuk | 1959 |
| Dimansuh | 1988 |
| Kerusi | 1 |
| Parti | Parti Tindakan Rakyat |
| Wakil | Koh Lip Lin (untuk Parlimen 1984-88) |
| Majlis Bandaran | Nee Soon |
| Digantikan dengan |
|
| Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Seletar dan Sembawang |
Kawasan Undi Nee Soon ialah sebuah kawasan undi yang terdiri dari satu anggota sebelah utara Singapura yang dibentuk bagi pilihan raya 1959 dan dimansuh sebelum pilihan raya 1988. Pada mulanya, kawasan ini dibentuk sesudah sebahagian tempat yang ada di Kawasan Undi Seletar dan Kawasan Undi Sembawang dikeluarkan selepas pilihan raya umum Singapura 1955. Kawasan undi Nee Soon menjadi salah satu kawasan undi luas di Singapura yang satu dari beberapa tempat di antaranya mengandungi Bandar Ang Mo Kio. Kawasan ini, akhirnya, dimansuh sebelum pilihan raya 1988. Adapun sempadan kawasan undi berganti menjadi GRC Nee Soon sedangkan sebahagian kecil tempat di kawasan ini dimasukkan ke dalam SMC Nee Soon Selatan dan SMC Nee Soon Tengah.