Kathoey

Kedi (Jawi: ‏كدي) atau kedik (Jawi: ‏كديق) istilah digunakan masyarakat tertentu se-Nusantara termasuk orang Melayu, Jawa dan Bali sejauh Sulawesi merujuk kepada seseorang berpenampilan tidak serupa gender yang dikenalkan kepadanya terutamanya transpuan atau waria. Ia ada kaitan dengan kathoey atau katoey (Bahasa Thai: กะเทย; RTGSkathoei [kàtʰɤːj]; Khmer: ខ្ទើយ, rumi: khtəəy) yang mengacu kepada individu sama serta lelaki gay feminin dalam masyarakat Indochina terutamanya di Thailand dan Kemboja; tetapi kathoey pula diterima khalayak sana baik merangkum gender ketiga yang luar diduduki banyak kathoey sendiri ataupun dilihat sebagai jenis lelaki atau wanita.