Gender ketiga
Gender ketiga adalah konsep wujudnya sesebuah kedudukan yang mencendakan atau menjeniskan seseorang selain dalam kelompok gender (tidak sama dengan jantina) lelaki ataupun wanita baik oleh diri sendiri mahupun masyarakat dipunyakan. Sementara itu, beberapa ahli antropologi dan sosiologi ada pula yang mengungkapkan wujudnya suatu gender "keempat", "kelima", malah "berbilang".
Banyak masyarakat menetapkan gender para anggota sendiri kepada antara lelaki atau wanita yang dua sahaja ditentukan oleh pengenalan dan peranan ditetapkan budaya sendiri. Namun, tidak semua masyarakat bertegas dengan bilangan peranan sebegini. Dalam rantau Nusantara sendiri, masyarakat Bugis mempunyai golongan pendeta Bissu yang mengetengahkan diri terpisah dari kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Masyarakat-masyarakat etnik serantau anak benua India mempunyai juga golongan hijra atau khusra terangkum dalam cenda ini.