Kate Hudson

Kate Hudson
Kelahiran
Kate Garry Hudson

(1979-04-19) 19 April 1979
PekerjaanPelakon, pengarang, ahli perniagaan
Tahun aktif1996–kini
PasanganChris Robinson (k. 2000; c. 2007)
Rakan kongsi domestikMatt Bellamy (2010–2014; 1 anak)
Anak-anak3
Ibu bapa
Saudara
  • Oliver Hudson (abang)
  • Wyatt Russell (adik tiri)
  • Mark Hudson (bapa saudara)
  • Brett Hudson (bapa saudara)
  • Sarah Hudson (sepupu)

Kate Garry Hudson (lahir 19 April 1979) ialah seorang pelakon, pengarang, dan usahawan fesyen Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan penampilannya dalam filem Almost Famous (2000), di mana beliau memenangi Golden Globe dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem-filemnya yang lain termasuk How to Lose a Guy in 10 Days (2003), Raising Helen (2004), The Skeleton Key (2005), You, Me and Dupree (2006), Fool's Gold (2008), Bride Wars (2009), Nine (2009), Deepwater Horizon (2016), Mother's Day (2016) dan Marshall (2017).

Hudson mengasaskan jenama kecergasan dan program keahlian, Fabletics, yang dikendalikan oleh JustFab. Pada tahun 2016, Hudson mengeluarkan buku pertamanya, Pretty Happy: Healthy Ways to Love Your Body, dan pada tahun 2017, beliau mengeluarkan buku keduanya, Pretty Fun: Creating and Celebrating a Lifetime of Tradition.