Kasih Iris Leona
Kasih Iris Leona Azhar | |
|---|---|
كاسيه ايريس ليونا ازهر | |
Kasih Iris Leona pada 2019 | |
| Kelahiran | Kasih Iris Leona binti Azhar 13 Mac 2002 |
| Pusat pendidikan | Universiti Bath |
| Pekerjaan | Selebriti internet |
| Tahun aktif | 2019–kini |
| Ibu bapa | Azhar Sulaiman (bapa) Chempaka Emalin Pahamin (ibu) |
| Hubungan | Pahamin Abdul Rajab (datuk) |
Kasih Iris Leona Azhar (Jawi: كاسيه ايريس ليونا بنت ازهر; lahir 13 Mac 2002) merupakan selebriti internet Malaysia dan juga merupakan anak kepada selebriti dan arkitek, Azhar Sulaiman. Beliau banyak mengundang kontroversi dan isu di Malaysia, terutamanya dalam kehidupan peribadinya, sehingga dipanggil oleh bapanya sebagai 'memalukan' dan menyamakan sikapnya yang suka menarik perhatian orang ramai seperti selebriti internet, Ira Kazar yang merupakan anak kepada Kazar Saisi.