Kazar Saisi
Kazar Saisi | |
|---|---|
كازر ساءيسي | |
| Kelahiran | Kazaruddin bin Saisi 28 April 1959 |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
| Tahun aktif | 1984–kini |
| Pasangan | Rashidah Latiff (bercerai) |
| Anak-anak | 5 (termasuk Ira Kazar) |
Kazaruddin Saisi (Jawi: كازاروددين ساءيسي; lahir 28 April 1959) ialah seorang pelakon, pelawak dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Kampung Jeram, Perak. Beliau terkenal menerusi lagu "Memburu Impian" yang menjadi lagu tema filem Gila-Gila Remaja, seterusnya membina nama sebagai pelakon.