Kashmir Stone
Kashmir Stone ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang main rock/heavy metal Guna Bahasa Tamil.
Ia telah ditubuh sekitar lewat 90an dengan barisan John Guna (vokal/gitar), Arun Timothy (bass/vokal) dan Brahma (dram).
Kashmir Stone telah mengeluarkan album berjudul Mangga Thoppu pada tahun 1999.
Dengan lagu Mangga Thoppu dan lagu lain seperti Nee Thaney, Muthulaga dan Dhevathai, Kashmir Stone ini memberi perhatian dari peminat kaum Melayu dan jugak media Melayu.
Lepas tu, Kashmir Stone edarkan album yang kedua ditajuk Nande Kattey. Dengan lagu seperti Malaysia Makkel dan balada Rozzana, kumpulan jadi band tempatan Tamil yang paling popular.
Pada masa itu kumpulan rock Tamil termasuk Kalki (dengan album Sudugadu) dan Darkkey and the Keys. Rapper Tamil Yogi B dan Sasi The Don juga mencipta album yang cemerlang.
Malangnya, Kashmir Stone berpisah selepas keluarkan satu CD “best of” yang ada dua lagu baru K.L. City dan A.P. Deepavali.
Pemain dram Brahma telah mengerti to kumpulan Rajhula pada tahun 2008.
Pada tahun 2012, Brahma cuba bermula balik Kashmir Stone, tetapi dia pindah ke vokal/gitar. Barisan itu ada Brahma, Arun Timothy, pemain gitar Adrian Marshall (ex-Bent Wavelength) dan Jika (dram).
Pada 2018 Brahma Kashmir Stone keluarkan album yang bertajuk I love you.
Manakala John Guna pun cuba guna nama Kashmir Stone pada 2019 dengan kumpulan saingan. Dia buat album baru Kadaleke Thane dengan dua ahli baru iaitu Mustafal Bakri Ismail (gitaris) dan Aznizam Johari (dram).