Karl Landsteiner

Karl Landsteiner
Kelahiran(1868-06-14)14 Jun 1868
Meninggal dunia26 Jun 1943(1943-06-26) (umur 75)
KerakyatanAustria, Belanda, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Vienna
Terkenal keranaPembangunan kumpulan darah, penemuan faktor Rh, penemuan virus polio
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangPerubatan, virologi
InstitusiUniversiti Vienna
Rockefeller Institute for Medical Research

Karl Landsteiner, ForMemRs (14 Jun 1868 - 26 Jun 1943) merupakan seorang ahli biologi dan doktor berbangsa Austria dan Amerika. Beliau terkenal dengan sumbangan pengasingan kumpulan-kumpulan darah pada tahun 1900, sekaligus mencipta sistem klasifikasi darah moden dengan mengenal pasti kehadiran "agglutinin"/"agen pelekat darah" di dalam darah. Hasil kajian kerjasama beliau dengan Alexander S. Wiener pada tahun 1937 membawa kepada pengetahuan mengenai kehadiran faktor rhesus darah justeru membolehkan para doktor untuk melakukan transfusi darah tanpa menggugat nyawa pesakit. Beliau menemui virus polio pada tahun 1909, dengan kerjasama Constantin Levaditi dan Erwin Popper. Dia menerima Hadiah Aronzon pada tahun 1926. Pada tahun 1930, beliau menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Beliau turut dianugerahkan Anugerah Lasker pada tahun 1946 beberapa tahun selepas kematiannya. Beliau dikenali sebagai "Bapa Perubatan Transfusi".