Karen Fukuhara

Karen Fukuhara
Karen pada tahun 2022
Kelahiran (1992-02-10) 10 Februari 1992
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
PendidikanUniversiti California, Los Angeles (Sarjana Muda Seni)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2013–sehingga kini

Karen Fukuhara (Jepun: 福原 かれん, lahir 10 Februari 1992) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat yang terkenal dengan wataknya sebagai Tatsu Yamashiro / Katana dalam filem superhero 2016 Suicide Squad dan sebagai Kimiko Miyashiro / The Female dalam siri khidmat penstriman Amazon The Boys (2019 – kini).