Kapitan Cina
Kapitan Cina (Jawi: كاڤيتن چينا) pada asalnya merupakan gelaran Portugis untuk wakil penempatan Cina meminjam kata Portugis: capitão. Pada abad ke-15, para pemerintah Asia Tenggara (seperti di Melaka dan Banten) memilih untuk berurusan dengan seorang individu daripada setiap kelompok etnik yang tinggal dalam wilayah masing-masing.
Kaedah pemerintahan secara tak langsung ini turut diwarisi oleh penjajah Portugis yang menakluki Melaka pada abad ke-16 , diikuti oleh kuasa Belanda di Hindia Timur Belanda, dan Inggeris di Malaya British. Selepas berakhirnya zaman penjajahan, maka gelaran Kapitan sekadar kehormat.