Pengkanonan
Pengkanonan atau kanonisasi (Latin: canonizatio, bahasa Inggeris: canonization) merujuk kepada penyanjungan seseorang dalam agama Kristian yang telah meninggal dunia sebagai suatu orang suci tinggi atau santo dalam suatu senarai diiktiraf pihak sesebuah gereja iaitu kanon (canon). Ia lazim dalam dilakukan dalam mazhab-mazhab Gereja Katolik, Gereja Ortodoks Timur, Gereja Ortodoks Oriental dan Gereja England.