Kandidiasis

Candidiasis
Pengelasan dan sumber luaran
Kandidiasis mulut (seriawan)
ICD-10B37
ICD-9112
P. Data Penyakit1929
MedlinePlus001511
eMedicinemed/264 emerg/76 ped/312 derm/67
MeSHD002177
Penafian perubatan

Kandidiasis merupakan jangkitan kulat yang disebabkan oleh sebarang jenis Candida (sejenis yis). Kandidiasis yang menjangkiti bahagian mulut umum dipanggil seriawan. Antara gejalanya termasuk tompok-tompok putih pada lidah atau mana-mana bahagian mulut dan kerongkong. Lain-lain gejala termasuk rasa kudis dan kesukaran menelan. Apabila faraj pula yang terkena, ini dipanggil jangkitan yis. Antara gejalanya termasuk rasa gatal, membahang, dan ada kalanya bahan kumuhan putih seakan-akan cottage cheese dari faraj. Jarang sekali zakar dijangkiti, itupun menyebabkan rasa gatal. Jarang-jarang sekali kandidiasis merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan demam dan gejala-gejala lain yang berkenaan dengan anggota badan yang terjejas.

Lebih 20 jenis Candida boleh menyebabkan jangkitan, apalagi Candida albicans paling umum. Jangkitan pada mulut paling umum pada bayi yang belum mencecah usia sebulan, orang tua, dan orang yang mempunyai sistem imun lemah. Keadaan-keadaan yang menyebabkan sistem imun lemah termasuklah HIV/AIDS, ubat-ubatan yang digunakan selepas pemindahan organ, diabetes, dan penggunaan kortikosteroid. Lain-lain risiko termasuk gigi palsu dan susulan terapi antibiotik. Jangkitan pada faraj lebih kerap berlaku sewaktu kehamilan pada mereka yang lemah sistem imun dan yang lepas menggunakan antibiotik. Risiko jangkitan berleluasa termasuk berada dalam ICU, susulan pembedahan, bayi kurang berat badan, dan lemah sistem imun.

Langkah-langkah pencegahan untuk mulut termasuk penggunaan ubat cuci mulut dengan klorheksidina bagi mereka yang lemah fungsi imun serta membasuh mulut selepas memakan steroid. Kurang bukti menyokong probiotik untuk mencegah atau merawat kandidiasis walaupun yang kerap mengalami jangkitan faraj. Bagi jangkitan mulut, rawatan dengan klotrimazol topikal atau nistatin lazimnya berkesan. Jika tidak, gunakan pula flukonazol, itrakonazol atau amfoterisin B pada mulut atau secara intravena. Sesetengah ubat-ubatan antikulat topikal boleh digunakan untuk jangkitan faraj termasuk klotrimazol. Bagi yang penyakitnya merebak ke seluruh badan, digunakannya ekonokandin seperti kaspofungin atau mikafungin. Secara alternatif, boleh digunakan juga amfoterisin B intravena untuk beberapa minggu. Bagi sesetengah golongan yang amat berisiko tinggi, ubat-ubatan antikulat boleh dijadikan langkah pencegahan.