Kunafah

Kunafah
Kanafah Nabulsiyah
Nama alternatif
  • Kanafeh
  • Kunafeh
  • Kunafa
  • Knafeh
  • Konafi
JenisPencuci mulut
Tempat asalTimur Tengah
Kawasan/rantauDunia Arab terutamanya rantau Syam
Suhu penghidanganPanas
Bahan utama
Keragaman/variasiPelbagai
sunting · sunting di Wikidata

Kunafah (Arab: كُنَافَة, rumi: kunāfah) merupakan pencuci mulut tradisional yang ditemukan di rantau Timur Tengah; ia dibuat daripada sejenis bahan pastri cincang dipanggil قطايفqaṭayif (bahasa Inggeris: kataifi) diwarnakan dengan pewarna makanan jingga, dilapisi keju atau bahan lain seperti krim beku atau kacang pistacio hancur bergantung pada kawasan, sebelum direndam dalam sirap gula manis (قَطْرqaṭr). Ia disediakan dalam talam cetek besar. Nama sajian ini dijejakkan daripada perkataan كَنفkanf dalam bahasa Arab yang bermaksud "tepi, sisi".

Ia popular di dunia Arab, terutamanya Mesir serta rantau-rantau Syam dan Palestin; ia juga terdapat di Turki, Yunani, dan rantau Balkan.