Kampung Sumbiling Lama

Kampung Sumbiling Lama
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°53′34″N 114°56′11″E / 4.89265°N 114.93630°E / 4.89265; 114.93630
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimSungai Kedayan
Poskod
BN1111

Kampung Sumbiling Lama ialah bekas sebuah kawasan kejiranan dalam Kampong Ayer iaitu petempatan di atas Sungai Brunei di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Kampung Sumbiling Lama dahulunya merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Sungai Kedayan dalam Daerah Brunei dan Muara, serta sebahagian dari kawasan lembaga bandaran Bandar Seri Begawan. Pada masa ini kawasan kampung tersebut telah menjadi sebahagian dari Taman Mahkota Jubli Emas iaitu taman awam di Pusat Bandar. Kampung Sumbiling Lama mempunyai poskod BN1111.