Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu
| Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 1977 | |||
| Dirakamkan pada | 1977 | |||
| Genre | Pop | |||
| Syarikat | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. | |||
| Penerbit | Ahmad Nawab | |||
| Kronologi Uji Rashid | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu merupakan album studio kedua yang dihasilkan oleh Uji Rashid. Album ini dikeluarkan pada tahun 1977 di bawah syarikat rakaman EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. Ahmad Nawab telah bertindak sebagai penerbit dan penggubah lagu bagi kebanyakan lagu yang dimuatkan di dalam album ini.
Pada tahun 2011, album ini pernah dikeluarkan semula di dalam bentuk cakera padat sebagai set kotak mini bersama album Ku Kekosongan. Lagu Namamu Terukir di Hatiku pernah menjadi juara selama 13 minggu berturut-turut dalam carta Lagu-Lagu Popular di radio Singapura.