Kakapo

Kakapo
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Strigopini
Genus:
Strigops

Gray, 1845
Spesies:
S. habroptila
Nama binomial
Strigops habroptila
Gray, 1845

Kakapo (lebih tepat ditulis bertanda makron dalam bahasa Māori: kākāpō "kakaktua malam") atau nama saintifiknya Strigops habroptila (Gray, 1845) ialah spesies bayan nokturnal tidak boleh terbang dan endemik kepada New Zealand. Burung ini juga antara burung yang mempunyai jangka hidup paling lama di dunia mampu hidup seusia 100 tahun lamanya.

Burung ini terancam genting terutamanya dijejaskan ketibaan spesies-spesies ceroboh diperkenalkan orang Eropah yang menduduki pulau itu seperti kucing, tikus, dan cerpelai yang banyak memangsakan haiwan ini secara mendadaknya; hanya 201 ekor burung dewasa yang masih ada tertumpu di pulau-pulau hutan simpan jauh dari tanah besar New Zealand dengan pengawasan sangat ketat.