Kaduseus

Kaduseus (☤; Latin: Caduceus, dari bahasa Yunani κηρύκειον kērukeion "tongkat bentara") ialah tongkat yang dibawa oleh Hermes dalam mitos Yunani dan kemudiannya Mercurius dalam kepercayaan Romawi. Tongkat ini digambarkan pendek dilingkari dua ekor ular dan adakalanya beralaskan sepasang sayap di atasnya.

Keterkaitannya dengan dewa-dewa pengutus tersebut pada lewat baharian menjadikan ia digunakan bersama lambang dikaitkan dengan sifat dan peranan dewa-dewa ini seperti:

  • astrologi: Utarid (lambang: ),
  • alkimia: raksa (juga dipanggil mercurius)
  • bidang perdagangan dan perundingan - daripada prinsip "pertukaran dan kesalingan yang seimbang".
  • percetakan - sifat dan peranan Mercurius sebagai seorang pengutus yang petah

Ia sering dikelirukan dengan tongkat Asklepios kerana persamaan ciri ia yang ada ular sehingga sering disalahgunakan sebagai lambang perubatan terutamanya di Amerika Utara).