Mercurius

Mercurius (disebut [mĕr.ku.rius], listen bahasa Inggeris: Mercury) merupakan suatu dewa utama dalam mitologi tamadun Rom; kepercayaan ini menganggap dia sebagai dewa perdagangan, keuntungan, persuratan dan perhubungan atau komunikasi, ramalan, perantauan dan sempadan. Dia juga dipercayai sebagai pembawa dan pemandu roh-roh orang yang telah mati ke alam barzakh.

Dia dipercayai wujud hasil hubungan dewa Jupiter dan Maia, anak perempuan Atlas.