Kacang pinus

Kacang pinus merupakan biji benih dikeluarkan dari buah kon pokok-pokok pinus atau tusam yang dapat dimakan sepertimana kekeras. Sebanyak 20 spesies pokok tusam dikenalpasti mampu menghasilkan biji "kacang" yang dapat dimakan kerana cukup besarnya.

China dan Itali merupakan negara pengeluar kacang ini yang terutama di dunia.