Kon konifer
Kon konifer atau kerucut runjung (dalam istilah botani: strobilus) merupakan organ pembiakan pada tumbuhan Pinophyta (konifer). Kon berkayu yang biasa merupakan kon betina, yang menghasilkan biji benih. Kon jantan, yang menghasilkan debunga biasanya bak herba dan kurang menonjol walaupun apabila matang sepenuhnya. Nama "kon" atau "kerucut" terhasil daripada bentuk sesetengah spesies menyerupai geometri kon. Kepingan individual pada kon dikenali sebagai sisik.
Kon jantan (mikrostrobilus atau kon debunga) secara struktur sama bagi semua konifer, berbeza hanya sedikit sahaja (kebanyakannya aturan sisik) dari spesies ke spesies. Menjulur keluar dari paksi tengah adalah mikrosporofil (daun terubahsuai). Di bawah setiap microsporophyll adalah satu atau beberapa mikrosporangia (kantung debunga).
Kon betina (megastrobilus, kon biji benih, atau kon ovulat) mengandungi ovul yang, apabila disenyawakan oleh debunga, membentuk biji benih. Struktur kon betina lebih jauh berbeza antara keluarga konifer berlainan, dan sering kali penting bagi mengenal pasti kebanyakan spesies konifer.