Kacang kuda

Chickpeas
Sprouted chickpea
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Cicer
Spesies:
C. arietinum
Nama binomial
Cicer arietinum
Sinonim
  • Cicer album hort.
  • Cicer arientinium L. [Spelling variant]
  • Cicer arientinum L. [Spelling variant]
  • Cicer edessanum Bornm.
  • Cicer grossum Salisb.
  • Cicer nigrum hort.
  • Cicer physodes Rchb.
  • Cicer rotundum Alef.
  • Cicer sativum Schkuhr
  • Cicer sintenisii Bornm.
  • Ononis crotalarioides M.E.Jones

Kacang kuda ( Cicer arietinum ) ialah kekacang semusim di bawah keluarga Fabaceae, subfamili Faboideae, yang ditanam disebabkan oleh benihnya yang boleh dimakan. Ia adalah salah satu kekacang yang paling awal ditanam manusia, bukti arkeologi tertua yang ditemui di rantau Syria moden.

Kacang kuda mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kacang kuda juga merupakan bahan utama dalam masakan Mediterranean dan masakan Timur Tengah, digunakan dalam hummus, serta apabila direndam dan dikisar kasar dengan herba dan rempah kemudian dibuat menjadi jejemput dan digoreng, maka hasilnya ialah falafel. Sebagai bahagian penting dalam masakan India, ia digunakan dalam salad, dalam sup mahupun rebusan,dalam kari, dalam chana masala, serta dalam produk makanan lain yang mengandungi kacang kuda. Pada tahun 2022, India menyumbang 75% daripada pengeluaran kacang kuda global.