Kabinet Abdullah keempat

Kabinet Malaysia 2008 adalah kabinet yang dilantik berkuatkuasa 19 Mac 2008 selepas pemegang portfolio masing-masing mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Pengumuman kabinet ini dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Mac 2008.