KRI Kerapu
KRI Kerapu (812) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda besar kelas Kakap yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.
Kapal KRI Kerapu milik Indonesia merupakan kapal jenis kapal peronda besar kelas Kakap (PB 57). KRI Kerapu memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.
KRI Kerapu dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan sebahagiannya oleh P.T. PAL SY, Surabaya. Sebahagian daripada badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. KRI Kerapu dilancarkan pada tahun 1988. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Kakap, KRI Kerapu, KRI Tongkol, dan KRI Barakuda.
KRI Kerapu mempunyai 49 orang anak kapal termasuk 8 sementara. KRI Kerapu dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".
Kapal KRI Kerapu sepanjang 58.1m; 7.62meter * 2.73meter ( 190.6kaki panjang * 25kaki * 9kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.1 knot. KRI Kerapu mempunyai seseran 425 tan penuh.
Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.