KRI Barakuda

KRI Barakuda (814) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda besar kelas Kakap yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Barakuda milik Indonesia merupakan kapal jenis kapal peronda besar kelas Kakap (PB 57). KRI Barakuda memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Barakuda dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan sebahagiannya oleh P.T. PAL SY, Surabaya. Sebahagian daripada badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. KRI Barakuda dilancarkan pada tahun 1990. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Kakap, KRI Kerapu, KRI Tongkol, dan KRI Barakuda.

KRI Barakuda mempunyai 49 orang anak kapal termasuk 8 sementara. KRI Barakuda dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal KRI Barakuda sepanjang 58.1m; 7.62meter * 2.73meter ( 190.6kaki panjang * 25kaki * 9kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.1 knot. KRI Barakuda mempunyai seseran 425 tan penuh.

Selain itu KRI Barakuda juga digunakan sebagai bot Presiden bagi tugas-tugas rasmi lawatan kepulau-pulau berhampiran.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.