KD Tunku Abdul Rahman

KD Tunku Abdul Rahman di Pelabuhan Klang pada September 2009
Sejarah
Malaysia
Nama: KD Tunku Abdul Rahman
Bersempena dengan: Tunku Abdul Rahman
Dipesan: Jun 2002
Pembina: Naval Group & Navantia
Dibaringkan: Disember 2003
Dilancarkan: Oktober 2007
Ditauliah: Januari 2009
Pelabuhan asal: Sepanggar
Status: Aktif
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal selam kelas-Scorpène
Sesaran:
  • 1,577 long ton (1,602 t) permukaan
  • 1,711 long ton (1,738 t) menyelam
Panjang: 67.4 m (221 ka 2 in)
Lunas: 6.2 m (20 ka 4 in)
Draft: 5.4 m (17 ka 9 in)
Jana kuasa:
  • 2 × enjin diesel SEMT-Pielstick 12 PA4 200SM DS
  • 1 × motor Jeumont Industrie
  • 4,700 hp (3,505 kW)
  • 1 x aci
Halaju:
  • 12 knot (22 km/j; 14 mph) permukaan
  • 20.5 kn (38.0 km/j; 23.6 mph) menyelam
Jarak:
  • 6,000 nmi (11,000 km; 6,900 bt) pada 8 kn (15 km/j; 9.2 mph) permukaan
  • 360 nmi (670 km; 410 bt) pada 4 kn (7.4 km/j; 4.6 mph) menyelam
Kedalaman ujian: Tidak lebih 300 m (980 ka)
Anak kapal: 32
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar navigasi band-I
  • Sonar frekuensi sederhana, lekapan badan, pencari dan penyerang aktif/pasif
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Penerima Thales DR 3000 tactical ESM
Persenjataan: 6 × tiub torpedo 533 mm (21 in) untuk 18 buah torpedo berat Whitehead Alenia Sistemi Subacquei Black Shark dan peluru berpandu anti kapal SM-39 Exocet dan 30 buah periuk api sekiranya torpedo tidak digunakan

KD Tunku Abdul Rahman adalah kapal selam pertama negara Malaysia. Tentera Laut Diraja Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene dengan kos RM3.4 bilion. Ia dibina di pelabuhan Toulon, Perancis dan Cartagena, Sepanyol. Dilancar pada 23 Oktober 2007, ia tiba di Malaysia pada 3 September 2009.

Malaysia merupakan negara ketiga di Asia Tenggara memiliki aset itu selepas Singapura dan Indonesia.