K. M. Basker

K.M. Basker
Kelahiran
PekerjaanPengarah
Tahun aktif1952–1961

K.M. Basker merupakan seorang pengarah filem Melayu yang memulakan kerjayanya dengan Malay Film Productions Ltd (MFP). K. M. Basker merupakan kelahiran India yang lahir dan dibesarkan di Malaya tetapi mendapat pengalaman dalam hal perfileman di India. Beliau menghasilkan filem pertama beliau, iaitu filem Patah Hati. Bagi memastikan kejayaan filemnya, beliau mengambil pelakon popular masa itu, iaitu P. Ramlee, Neng Yatimah dan Musalmah. Filem itu mulai ditayangkan kepada umum pada 2 haribulan September tahun 1952.

Filem kedua beliau, Miskin turut menjadikan P. Ramlee dan Rosnani Jamil sebagai pelakon utama. Selepas itu beliau berterusan menghasilkan banyak lagi filem Melayu bersama Malay Film Productions.