Neng Yatimah
Neng Yatimah | |
|---|---|
| Kelahiran | Yatimah binti Ahmad 17 Januari 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 19 Mac 2016 (umur 92) Hospital Khoo Teck Puat, Singapura |
| Sebab kematian | Sakit tua |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Lim Chu Kang, Singapura |
| Warganegara | Singapura |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1949–2016 |
| Majikan | |
| Pasangan | Jasni Ahmad |
| Anak-anak | Roseyatimah |
Yatimah binti Ahmad AMN (17 Januari 1924 – 19 Mac 2016) atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem etnik Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata. Anak beliau, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.