Just for Laughs: Gags

Just for Laughs: Gags
Kad tajuk Just For Laughs Gags
GenreKomedi
PenciptaPierre Girard dan Jacques Chevalier
Negara asalKanada
BahasaBisu
Bilangan musim20 (sehingga 2020)
Bilangan episod3,000+
Penerbitan
PenerbitJust for Laughs
LokasiMontreal, Quebec, Kanada
Tempoh siaran30 minit
15 minit (termasuk iklan).
Penyiaran
Saluran asalABC/Telemundo (A.S.)
TVA/CBC/The Comedy Network (Kanada)
BBC1 (UK)
TF1 (Perancis)
TPI (2001-2003; 2006-2007; 2011-2013)
TV7 (2003-2005)
Global TV (2008-2013)
Indosiar (2013-2018)
Metro TV (2019)
Spacetoon (2020)
TV9 (2020-2021)
TV3 (2021)
RCTI (2021-2022)
Kompas TV (2022-kini)
Siaran asal26 Disember 2000 (2000-12-26) – kini (kini)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Just for Laughs
Pautan luar
Laman sesawang

Just For Laughs Gags ialah sebuah rancangan komedi realiti terbitan Kanada di bawah jenama Just for Laughs. Format siri ini menampilkan sebilangan orang awam yang dikenakan atau disakat dengan pelbagai situasi aneh dan pelik yang mencuit hati sambil suatu kamera tersembunyi menangkap reaksi serta kekalutan mereka. Rancangan ini tidak mempunyai sebarang dialog atau bunyi melainkan muzik dan kesan bunyi.

Di Kanada, Just For Laughs Gags ditayangkan oleh CBC Television dan The Comedy Network. Siri ini juga ditayangkan di banyak negara lain serta dalam kapal terbang kerana tiada terjemahan perlu dilakukan. Di Malaysia, rancangan ini ditayangkan di saluran Disney Channel Asia, NTV7, Astro Ceria dan Diva International.