Julia Gillard

Yang Mulia
Julia Gillard
Perdana Menteri Australia ke-27
Dalam jawatan
24 Jun 2010 – 27 Jun 2013
RajaElizabeth II
Gabenor AgungQuentin Bryce
TimbalanWayne Swan
Didahului olehKevin Rudd
Digantikan olehKevin Rudd
Ketua Parti Buruh
Dalam jawatan
24 Jun 2010 – 26 Jun 2013
TimbalanWayne Swan
Didahului olehKevin Rudd
Digantikan olehKevin Rudd
Timbalan Perdana Menteri Australia ke-13
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 24 Jun 2010
Perdana MenteriKevin Rudd
Didahului olehMark Vaile
Digantikan olehWayne Swan
Ahli Parlimen Australia
bagi Lalor
Menyandang jawatan
3 Oktober 1998
Didahului olehBarry Jones
Maklumat peribadi
Lahir
Julia Eileen Gillard

(1961-09-29) 29 September 1961
Barry, Wales, UK
Parti politikParti Buruh
Pasangan SerumahTim Mathieson
KediamanAltona, Victoria
Tempat belajarUniversiti Melbourne
Universiti Adelaide
Tandatangan
Laman webTapak web parlimen
Tapak web PBA

Julia Eileen Gillard (lahir 29 September 1961) ialah Perdana Menteri Australia ke-27, dan juga perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Australia.

Gillard turut menjadi ketua Parti Buruh Australia di pilihan raya kepimpinan parti tersebut pada 24 Jun 2010, tidak lama kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Australia di bawah pimpinan Kevin Rudd. Pada 11 Disember 2007, beliau menjadi wanita pertama yang menyandang tugasan perdana menteri dalam sejarah Australia, ketika menjadi pemangku perdana menteri untuk Rudd yang menghadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB di pulau Bali.

Gillard juga merupakan perdana menteri kelahiran luar negara yang pertama semenjak Billy Hughes, yang berkhidmat dari tahun 1915 hingga 1923.

Pada 17 Julai 2010, Gillard mengumumkan adanya pilihan raya pada 21 Ogos depan. Pilihan raya tersebut berkesudahan dengan parlimen tergantung, kerana Parti Buruh dan Campuran masing-masing kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, maka terpaksalah kedua-dua pihak berpuas hati dengan kerajaan minoriti dengan merebut empat ahli bebas, seorang ahli Parti Negara Australia Barat dan seorang ahli Australian Greens yang memegang imbangan kuasa. Pada 7 September 2010, Gillard disahkan sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seorang ahli Greens dan tiga ahli bebas.

Pada 26 Jun 2013, selepas pemilihan ketua Parti Buruh Australia, Gillard tewas kepada Kevin Rudd. Keesokan harinya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.