Joule
| Joule | |
|---|---|
| Sistem unit | Unit terbitan SI |
| Unit bagi | Tenaga |
| Simbol | J |
| Dinamakan sempena | James Prescott Joule |
| Penukaran unit | |
| 1 J dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
| Unit asas SI | kg⋅m2⋅s−2 |
| unit CGS | 1×107 erg |
| kilowatt jam | 2.78×10−7 kW⋅h |
| kilokalori (Termokimia) | 2.390×10−4 kcalth |
| Unit terma British | 9.48×10−4 BTU |
| elektronvolt | 6.24×1018 eV |
Joule (disebut [jul], simbol J) ialah unit terbitan SI untuk tenaga, kerja dan haba. Ia diambil sempena nama James Prescott Joule (1818–1889)..
Unit ini ditakrifkan dari segi dimensi sebagai persamaan berikut:
...di mana kg mewakili kilogram, m mewaliki meter, s ialah saat, N ialah newton, Pa ialah pascal, W ialah watt, C mewakili coulomb dan V mewakili volt.
Satu joule juga boleh ditakrifkan sebagai:
- Kerja yang diperlukan menggerakkan cas elektrik satu coulomb melepasi suatu perbezaan keupayaan elektrik satu volt, atau satu "coulomb-volt" (C⋅V). Hubungan ini boleh digunakan untuk mentakrifkan volt.
- Kerja ya g diperlukan menghasilkan 1 watt daya selama satu saat, atau satu "watt-saat" (W⋅s) (lihat kilowatt jam – 3.6 megajoule). Hubungan ini boleh digunakan untuk mentakrifkan watt.