Jonathan Kite
Jonathan Kite | |
|---|---|
| Kelahiran | 2 September 1979 Skokie, Illinois, Amerika Syarikat |
| Pusat pendidikan | Universiti Illinois, Urbana–Champaign |
| Pekerjaan | Pelakon TV, pelakon komedi |
| Tahun aktif | 2003–kini |
Jonathan Kite merupakan pelakon TV, pelakon komedi, dan impresionis Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi wataknya sebagai Oleg Golishevsky dalam siri TV 2 Broke Girls.
Kite dibesarkan di Skokie, Illinois,, merupakan anak kepada Lynn dan David Kite. Beliau memiliki ijazah teater dari Universiti Illinois di Urbana-Champaign.
Selain 2 Broke Girls, Kite turut pernah membintangi Raising Hope, Kickin' It, American Dad!, The Life & Times of Tim, In the Flow with Affion Crockett, dan Wizards of Waverly Place, selain muncul dalam iklan-iklan untuk AT&T dan Muscle Milk.
Beliau turut dikenali sebagai pengajuk selebriti-selebriti terkenal seperti Vince Vaughn, Tom Hanks, Robert Downey Jr., Seth Rogen, Mark Wahlberg, dan Liam Neeson.