2 Broke Girls

2 Broke Girls
GenreSitkom
Pencipta
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Peter Bjorn and John
Lagu pembukaan"Second Chance"
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim6
Bilangan episod138
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Michael Patrick King
  • Whitney Cummings
  • Michelle Nader
  • Liz Astrof
PenyuntingDarryl Bates
Ben Bosse
Peter Chakos
SinematografiChris La Fountaine
Gary Baum
Joseph W. Calloway
Pemasangan kamera
Multi-kamera
Tempoh siaran21–22 minit
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Television Distribution
Penyiaran
Saluran asalCBS
Format gambarHDTV 1080i
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal19 September 2011 (2011-09-19) – 17 April 2017 (2017-04-17)
Pautan luar
Laman sesawang

2 Broke Girls merupakan sitkom televisyen Amerika yang disiarkan menerusi CBS pada 19 September 2011 sehingga 17 April 2017. Siri ini diterbitkan untuk Warner Bros. Television oleh Michael Patrick King dan Whitney Cummings. Terletak di kawasan kejiranan Williamsburg, Brooklyn, Bandar Raya New York, siri ini berkisarkan kehidupan dua orang sahabat Max Black (Kat Dennings) dan Caroline Channing (Beth Behrs). Caroline yang dibesarkan sebagai anak jutawan, manakala Max pula membesar dalam kemiskinan, menyebabkan keduanya mempunyai perspektif berbeza mengenai kehidupan. Max dan Caroline bekerja sebagai pelayan restoran dan mengumpul dana untuk memulakan perniagaan kek cawan.

Keserasian peneraju utama siri ini diberi pujian, namun menerima kritikan kebergantungan siri ini terhadap lawak berunsurkan kelucahan dan stereotaip. Siri ini pernah menerima tiga pencalonan Anugerah Emmy 2012, dan memenangi satu kategori. Pada 25 Mac 2016, siri ini telah diperbaharui untuk musim keenam yang disiarkan pada 10 Oktober 2016.

Pada 12 Mei 2017, CBS mengumumkan pembatalan siri ini.