Jonathan Demme
Jonathan Demme | |
|---|---|
Demme pada tahun 2015 | |
| Kelahiran | Robert Jonathan Demme 22 Februari 1944 Baldwin, Nassau County, New York, A.S. |
| Pekerjaan | Pengarah, penerbit, pelakon, penulis skrip |
| Tahun aktif | 1971–present |
| Pasangan | Joanne Howard Evelyn Purcell |
Robert Jonathan Demme (/ˈdɛmi/; lahir 22 Februari 1944) ialah seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip Amerika Syarikat. Demme mula terkenal pada tahun 1980-an menerusi filem komedi beliau, Melvin and Howard (1980), Swing Shift (1984), Something Wild (1986) dan Married to the Mob (1988). Beliau dikenali kerana mengarah The Silence of the Lambs (1991) dimana beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik. Beliau kemudiannya mengarah filem yang menerima pujian meluas, Philadelphia (1993) dan Rachel Getting Married (2008).