Johor Darul Ta'zim III FC

Johor Darul Ta'zim III
Nama penuhKelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim III
GelaranHarimau Selatan
(Southern Tigers)
Nama pendekJDT III, JDT3
Diasaskan2014 (2014) (Johor Pasir Gudang FC)
2015 (2015) (Johor Darul Ta'zim III FC)
StadiumStadium Pasir Gudang,
Pasir Gudang, Johor
(Kapasiti: 15,000)
Pemilik Tunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)
Presiden Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Pengurus Datuk Adib Azhari Daud
Jurulatih Ismail Ibrahim
LigaPiala Presiden Malaysia
2019Separuh Akhir
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim III (Johor Darul Ta'zim III FC) atau lebih dikenali JDT III (dahulunya dikenali Kelab Bolasepak Johor Pasir Gudang) merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini pernah beraksi dalam Liga FAM Malaysia, iaitu liga tahap ketiga dalam sistem piramid Liga Malaysia. Kelab ini merupakan kelab pembangunan pemain (pasukan bawah-21 tahun) untuk kelab Johor Darul Ta'zim II FC yang mewakili negeri Johor dalam Liga Premier Malaysia. Kelab ini beraksi di Stadium Pasir Gudang dengan kapasiti 15,000 penonton.

Kelab JDT III kini bermain di Piala Presiden Malaysia, di mana ianya adalah kejohanan bola sepak untuk pasukan bawah-21 tahun. Kelab ini dibawah kendalian jurulatih Ismail Ibrahim.