Piala Presiden (Malaysia)
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Konfederasi | AFC |
| Ditubuhkan | 1985 |
| Divisyen | Belia (Bawah 21 Tahun) |
| Bilangan pasukan | 20 |
| Juara semasa | Johor Darul Ta'zim III (2024) |
| Kejuaraan terbanyak | Kelantan B21 (7 Trofi) |
| Rakan TV | |
| Tapak sesawang | http://www.fam.org.my/ |
| Musim 2024 | |
Piala Presiden ialah sebuah persaingan bola sepak amatur di Malaysia untuk pemain di bawah-21. Sejak awal, pada tahun 1985, Piala Presiden telah menjadi kejohanan yang besar untuk pemain di bawah-21 dan bawah 23. Pada tahun 2009, format pertandingan telah diubah dengan hanya pemain di bawah-20 yang layak untuk diisi untuk kejohanan. Pada tahun 2015 format pertandingan itu kembali kepada format asal dengan pemain bawah 21 dan tiga pemain umur ke atas layak untuk bermain. Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat Pandemik COVID-19.