John Romero
John Romero | |
|---|---|
John pada tahun 2012 | |
| Kelahiran | 28 Oktober 1967 |
| Pekerjaan | pereka mainan video, pengaturcara |
| Terkenal kerana | Pengasas bersama id Software dan Ion Storm |
Karya terkenal | Commander Keen series Wolfenstein 3D siri Doom Quake Daikatana |
| Pasangan | Kelly Mitchell (k. 1987; c. 1989) Elizabeth Ann McCall (k. 1990; c. 1998) Raluca Alexandra Pleșca (k. 2004; c. 2011) Brenda Romero (k. 2012) |
| Rakan kongsi domestik | Stevie Case (1998–2003) |
| Anak-anak | 3 |
Alfonso John Romero (lahir 28 Oktober 1967) adalah seorang pengaturcara dan pembangun permainan video dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas bersama id Software membangunkan banyak produk mainan terbitannya termasuk Wolfenstein 3D, Dangerous Dave, Hexen, Doom, Doom II dan Quake.
Sumbangan beliau dalam pembangunan mainan-mainan video ini bersama John D. Carmack menerapkan banyak teknologi yang memberi asas kepada mainan genre penembak diri-pertama pada tahun 1990-an. Beliau juga merupakan orang pertama yang mempernyatakan idea mod nekapemain "laga maut" (deathmatch) sebagai suatu tatanan mainan video yang tersendiri.