Tatamain

Tatamain atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai gameplay merujuk kepada cara pemain berinteraksi dengan permainan, khusus lagi yang berformat video interaktif. Ia difahamkan sebagai pola atau corak bagaimana permainan sebegini dimainkan berdasarkan:

  • peraturan yang ditetapkan,
  • ketersambungan antara pemain dan permainan,
  • cabaran yang diberikan dalam permainan dan cara penyelesaian,
  • jalan cerita yang ditumpukan dan rasa hubungan pemain terhadap jalan cerita tersebut.

Hal ini mempunyai pendalaman yang tersendiri berbanding aspek teknikal yang dikandungkan dalam permainan video seperti grafik dan audio.