John Corbett
John Corbett | |
|---|---|
Corbett pada Julai 2015 | |
| Kelahiran | John Joseph Corbett, Jr. 9 Mei 1961 Wheeling, West Virginia, A.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1987–kini |
| Rakan kongsi domestik | Bo Derek (2002–kini) |
John Joseph Corbett, Jr. (lahir 9 Mei 1961) ialah pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai Chris Stevens dalam Northern Exposure dari 1990 hingga 1995; dan Aidan, kekasih Carrie Bradshaw dalam Sex and the City—peranan yang dilakonkan semula dalam kesinambungan Sex and the City 2. Beliau juga menjadi pasangan lakonan Nia Vardalos dalam My Big Fat Greek Wedding (2002). Kemudian beliau membintangi United States of Tara sebagai Max Gregson, dan muncul dalam soro drama komedi NBC, Parenthood sebagai Seth Holt. Selain dunia seni lakon, Corbett juga aktif televisyen dan radio, menjadi pelakon suara untuk iklan, dan mencipta lagu. Beliau telah merakamkan dua album lagu bergenre country.