Johari Teh
Johari Teh | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Johar Bin Teh Othman |
| Kelahiran | 21 September 1955 Malaysia |
| Genre | Pop, Rock, Balada |
| Pekerjaan | Komposer, Penulis Lirik, Penerbit Muzik |
| Tahun aktif | 1980-an – 2010-an |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Anak | Jauhari Johar |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Johari Teh ialah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit muzik Malaysia. Beliau adalah antara komposer yang paling berpengaruh pada era 1990-an hingga ke penghujung 2000-an. Beliau menghasilkan banyak lagu popular untuk artis lagenda tempatan seperti Awie, Zamani, Ella dan Ziana Zain. Karya-karya ciptaannya berperanan besar dalam mencorakkan landskap industri seni muzik Malaysia.