João Mário

João Mário
Maklumat peribadi
Nama penuh João Mário Naval da Costa Eduardo
Tarikh lahir (1993-01-19) 19 Januari 1993
Tempat lahir Porto, Portugal
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lokomotiv Moscow
(dipinjam dari Inter Milan)
Nombor 23
Kerjaya remaja
2002–2004 Porto
2004–2012 Sporting CP
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2016 Sporting CP 65 (11)
2012–2013 Sporting CP B 44 (2)
2014 → Vitória Setúbal (pinjam) 15 (0)
2016– Inter Milan 64 (4)
2018West Ham United (pinjam) 13 (2)
2019– → Lokomotiv Moscow (pinjam) 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Portugal U15 3 (0)
2008–2009 Portugal B16 9 (3)
2009–2010 Portugal B17 17 (4)
2010–2011 Portugal B18 9 (1)
2010–2012 Portugal B19 17 (2)
2012–2013 Portugal B20 14 (1)
2013–2015 Portugal B21 13 (3)
2014– Portugal 43 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Mac 2019

João Mário Naval da Costa Eduardo (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈʒwɐ̃w̃ ˈmaɾju]; lahir 19 Januari 1993), dikenali sebagai João Mário, merupakan seorang pemain bola sepak Portugal yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Rusia, Lokomotiv Moscow secara pinjaman dari Inter Milan dan untuk pasukan kebangsaan Portugal.

Beliau memulakan kariernya di Sporting Lisbon sejak dari akademi. Beliau telah dipinjamkan ke kelab Vitória de Setúbal pada tahun 2014. Setelah kembali semula ke Sporting, beliau memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya menjuarai Piala Portugal 2015.

João Mário melakukan penampilan sulungnya untuk Portugal pada tahun 2014. Beliau telah mewakili Portugal ke kejohanan Piala Dunia 2018 selain membantu Portugal merangkul kejohanan Euro 2016.