Jiraiya
- Artikel ini ialah tentang Jiraiya, hero dalam cerita rakyat "Jiraiya Goketsu Monogatari". Untuk watak Jiraiya yang terdapat dalam siri anime dan manga Naruto, lihat Jiraiya (Naruto). Untuk siri tokusatsu, lihat Sekai Ninja Sen Jiraiya.
Jiraiya (児雷也 - maksudnya "petir muda"), ialah watak utama dalam cerita rakyat Jepun Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"). Jiraiya ialah seorang ninja yang menggunakan ilmu sihir penukaran untuk bertukar menjadi seekor katak gergasi. Dia ialah waris kepada sebuah puak yang kuat di Kyūshū (nama yang sama). Jiraiya jatuh cinta kepada Tsunade, seorang puteri yang cantik yang mahir dalam ilmu sihir siput. Musuh ketat Jiraiya ialah Orochimaru yang pernah menjadi anak buahnya. Orochimaru mahir dalam menggunakan ilmu sihir ular.