Jiggy Masin

Jiggy Masin
Kelahiran
Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri

(1989-02-05) 5 Februari 1989
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganElly Arifin (k. 2016; c. 2020)
Nur Dhabitah Sabri (k. 2023)

Mohammad Aizat Ahmad Nazri (lahir 5 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin adalah merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan karier seninya pada 2012 dengan menyertai Raja Lawak musim keenam bersama rakannya ketika itu dengan nama kumpulan GMan. Namun bakat beliau mula dikenali ramai setelah menyertai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017.