Elly Arifin
Elly Arifin | |
|---|---|
| Kelahiran | Nurul Elyana binti Kamalul Arifin 21 November 1989 |
| Pendidikan | Diploma In Broadcasting Bachelor Degree in Creative Industry Management |
| Pusat pendidikan | Malaysia Institute of Integrative Media (Academy TV3) Universiti Utara Malaysia |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Pasangan | Jiggy Masin (k. 2016; c. 2020) |
Nurul Elyana Kamalul Arifin (lahir 21 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Elly Arifin ialah pelakon, pengacara, wartawan penyiaran, penyanyi dan penerbit wanita Malaysia. Beliau terkenal kerana mengacarakan rancangan televisyen seperti hLive, Unplugged dan Propaganza di saluran Astro Ria. Memulakan kariernya dalam industri hiburan selepas beliau melanjutkan praktikal diploma di Astro Awani menerusi program Gala TV. Kemudian Elly bekerja sebagai wartawan penyiaran separuh masa di situ selama setahun sehingga dipanggil untuk berkhidmat di dalam program Propaganza.
Selepas menimba pengalaman di situ, beliau ditawarkan bekerja sebagai penyampai radio separuh masa di radio nombor satu Malaysia, Era FM selama 5 tahun. Beliau juga sempat belajar menjadi penerbit program pagi iaitu Johara Pagi Era menggantikan penerbit asal yang sedang bercuti. Dalam masa yang sama, program baru, hLive melamar Elly untuk menjadi salah seorang wartawan penyiaran bersama barisan wartawan baru yang lain. Setelah beberapa tahun, Elly ditawarkan untuk menjadi pengacara seterusnya penerbit dan menerbit beberapa program di bawah pengelolaan Thinker Studios sehingga tahun 2021.
Beliau membuat keputusan untuk berhenti bekerja di Astro untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penerbit secara freelance.