Jeremy Gan

Jeremy Gan
Maklumat peribadi
Nama kelahiranGan Wye Teck
NegaraMalaysia
Lahir (1979-01-24) 24 Januari 1979
Bukit Baru, Melaka, Malaysia
Tinggi1.69 m (5 ka 7 in)
Cakat tanganKanan
AcaraBeregu lelaki dan beregu campuran
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia
Bangkok 1998 Pasukan lelaki
Kejohanan Remaja Dunia
Silkeborg 1996 Beregu lelaki
Kejohanan Remaja Asia
Manila 1997 Beregu lelaki
Manila 1997 Pasukan lelaki
Profil BWF
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas颜伟德
Tulisan Cina Tradisional顏偉德
Hanyu PinyinYán Wéidé
POJ Bahasa HokkienGân Ûi-tek

Jeremy Gan Wye Teck (lahir 24 Januari 1979) ialah seorang bekas pemain badminton Malaysia, yang kini berkhidmat sebagai jurulatih badminton. Gan ialah pemenang pingat emas beregu lelaki pada Kejohanan Remaja Dunia 1996, dan Kejohanan Remaja Asia 1997 bergandingan bersama Chan Chong Ming. Gan ialah sebahagian daripada pasukan kebangsaan yang memenangi gangsa bagi acara pasukan lelaki di Sukan Asia 1998 di Bangkok. Gan mengundurkan diri daripada Persatuan Badminton Malaysia pada 2017 lalu berpindah sebagai jurulatih beregu campuran di Persatuan Badminton Jepun mulai Januari 2018.