Jengkorek
Jengkorek atau pengorek kaut, ialah sejenis alat penggali atau jengkaut, dengan timba penggali di hujung lengan bersendi yang terbahagi dua. Ia biasa dipasang di belakang jentarik atau jemuat depan, membentuk "jengkorek kaut" (yang dikenali sebagai "JCB" di Ireland dan UK). Bahagian lengan terdekat dengan kenderaan dikenali sebagai joran, sedangkan bahagian yang membawa timba dikenali sebagai pencedok (atau batang cedok), istilah-istilah ini datang daripada jensodok wap. Joran, iaitu bahagian panjang pada lengan jengkorek yang dipasang pada jentarik menggunakan pangsi yang dipanggil tunjuk langit, terletak paling dekat dengan kabin. Ia membolehkan lengan memangsi ke kiri dan kanan, dalam julat 180 hingga 200 darjah, selain pergerakan angkat dan turun.