Jemuat

Jemuat atau jentera angkut, ialah sejenis mesin kelengkapan berat yang digunakan dalam pembinaan untuk mengalih dan memuatkan bahan seperti tanah, batu, pasir, puing runtuhan, dsb. ke atas atau ke dalam mesin lain (seperti lori pembuang, sawat penyampai, corong tuang atau kereta landasan).

Terdapat banyak jenis jemuat bergantung kepada reka bentuk dan kegunaan, antaranya dipanggil jemuat timba, jemuat hujung, jemuat depan, jemuat hujung-depan, jemuat suap, high lift, scoop, shovel dozer, kemudi kelincir, jemuat langkau, jemuat jentarik mahupun jentera angkut beroda.