Jefri Mejan
Jefri Mejan | |
|---|---|
| جفري ميزان | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Ijok | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Idris Ahmad (PH–PKR) |
| Majoriti | 912 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Jefri bin Mejan 7 Mac 1979 Ijok, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | Fadlina Ismail |
| Anak | 4 (termasuk Nurul Izzah) |
| Kediaman | Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Pempengaruh |
| Dikenali dengan | Video memasak menggunakan dapur kayu di TikTok |
Jefri bin Mejan (lahir 7 Mac 1979) merupakan seorang rakyat Malaysia yang merupakan seorang ahli politik dan telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Ijok sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan dahulunya Gagasan Sejahtera (GS). Beliau juga merupakan seorang pempengaruh di platform TikTok dan dikenali menerusi video masakan menggunakan kaedah tradisional seperti menggunakan kayu api yang mengimbau nostalgia zaman dahulu dalam kalangan ramai warganet.