Jaz (penyanyi)

Jaz
Jaz mengadakan persembahan di Indonesian Choice Awards 2017.
Maklumat latar belakang
Nama lahirAziz bin Hayat
Juga dikenali
sebagai
Jaz Hayat
Kelahiran (1993-03-05) 5 Mac 1993
Bandar Seri Begawan, Brunei
Genre
Pekerjaan
Alat muzikVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakamanSony Music
Kegiatan berkaitanIsyana Sarasvati, Kaka Azraff
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Aziz Hayat, atau lebih dikenali sebagai Jaz ataupun Jaz Hayat (dilahirkan pada 5 Mac 1993) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Brunei Darussalam. Beliau melancarkan lagu berjudul "Dari Mata" pada tahun 2016 yang mendapat sambutan baik di industri muzik Indonesia.

Pada tahun 2016, Jaz melancarkan single pertamanya, berjudul "Dari Mata". Dari kejayaan di pasaran, lagu ini telah mendominasi carta lagu di beberapa perkhidmatan penstriman muzik di Indonesia seperti JOOX dan Spotify. Proses membuat lagu ini dari idea hingga selesai boleh dikatakan tidak seketika. Jaz mengambil masa 4 bulan untuk menyelesaikan bahan tersebut. Dari segi lirik kepada melodi asas lagu adalah ciptaannya.