JOOX

JOOX
Maklumat umum
URLxx Swww.joox.com
JenisPenstriman muzik
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Burma
Bahasa Indonesia
Bahasa Melayu
Bahasa Thai
DitubuhkanJanuari 2015
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikTencent
Kandungan dan sokongan
IndustriMuzik
Pelantar disokongAndroid (mul) dan iOS (mul)
Pembangun webxx STencent
Ibu pejabat
sunting ยท sunting di Wikidata

JOOX ialah sebuah perkhidmatan penstriman muzik yang dimiliki oleh Tencent dan dilancarkan pada Januari 2015. JOOX adalah penstriman muzik yang terbesar dalam pasaran Asia seperti Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Singapura, Filipina dan juga dalam pasaran Afrika Selatan. JOOX merupakan perkhidmatan freemium yang menyediakan banyak lagu yang percuma dan hanya sebahagian lagu yang hanya tersedia untuk pengguna premium yang ditawarkan melalui langganan berbayar.

Pada tahun 2017, JOOX melancarkan perkhidmatan mereka di Afrika Selatan yang merupakan pasaran pertama mereka selain daripada kebanyakan pasaran mereka di Asia. Perkhidmatan ini kini merangkumi lebih daripada 50% dari semua muat turun aplikasi penstriman muzik dalam pasaran mereka di Asia. Bilangan pengguna penstriman mereka di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar dan Indonesia dijangkakan akan mencapai pengguna mereka sebanyak 87 juta pada tahun 2020.