Jangsu dari Goguryeo
| Raja Jangsu | |
|---|---|
| Raja Goguryeo | |
| Pemerintahan | 413-491 (78 tahun) |
| Didahului oleh | Gwanggaeto |
| Diikuti oleh | Munjamyeong dari Goguryeo |
| Keputeraan | 394 |
| Kemangkatan | 491 (berumur 96–97) |
| Anakanda | Putera Mahkota Juda |
| Ayahanda | Gwanggaeto |
| Jangsu dari Goguryeo | |
| Hangul | |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Jangsu-wang |
| McCune–Reischauer | Changsu-wang |
| Nama lahir | |
| Hangul | |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Georyeon atau Yeon |
| McCune–Reischauer | Kǒryǒn atau Yǒn |
Jangsu dari Goguryeo (Hangul:장수왕; Jawi: راج جڠسو; 394–491, memerintah 413–491) ialah raja ke-20 Goguryeo, yang paling utara dari Tiga Kerajaan Korea. Baginda diputerakan pada tahun 394 sebagai anakanda sulung Gwanggaeto. Baginda menjadi putera mahkota pada tahun 408, dan setelah kemangkatan ayahandanya pada tahun 413, baginda menjadi penguasa pada usia 19 tahun.
Jangsu memerintah pada zaman kegemilangan Goguryeo, ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan salah satu kuasa besar di Asia Timur. Baginda terus melanjutkan pengembangan wilayah ayahandanya melalui penaklukan, tetapi juga terkenal dengan kemampuan diplomatiknya. Seperti ayaandahnya, Gwanggaeto Agung, Jangsu juga mencapai penyatuan longgar bagi Tiga Kerajaan Korea. Di samping itu, pemerintahan Jangsu yang panjang menyaksikan penyempurnaan pengaturan politik, ekonomi dan institusi Goguryeo yang lain. Dia juga terkenal kerana membina Prasasti Gwanggaeto, yang didedikasikan untuk ayahandanya. Nama anumerta Jangsu bermaksud "Umur Panjang", berdasarkan pemerintahannya yang lama selama 79 tahun hingga baginda usia 98 tahun, pemerintahan terpanjang dalam sejarah Asia Timur.
Semasa pemerintahannya, Jangsu mengubah nama rasmi Goguryeo (Koguryŏ) menjadi Goryeo yang dipendekkan (Koryŏ), iaitu asal nama Korea.
| Raja-raja Korea |
| Goguryeo |
|---|
|